Ads .

NOTA :
HnnRashid | Bakal EnamBelas
Tutorials | Recipe
Pengskodeng belog
Skype : hnnrashid
myfreecopyright.com registered & protected
get this
Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Friday, 10 December 2010

Resepi:Koktail

Assalamualikum and hello :)

So,ini post kedua untuk malam ini.Bosan doe.Harini,mari kita sama2 belajar cara buat koktail meh.Hihi.

Bahan2 yang diperlukan:~
~>1 tin susu cair F&N
(Saya guna cap F&N.Sukahati koranglah nak guna cap ayam ke hape :).)
~>1 tin buah-buahan koktail.
(Nak guna setengah tin pun takpe.Kalau nak banyak,gunalah banyak sikit.) 
~>2 senduk gula.
(Yang ni nak guna lebih pon takpe,nak kurang pon takpe.Tapi saya prefer guna  sikit jelaa.Kurangkan gula untuk sihat.Kan?)
~>3 cawan air kosong.
(ikut suka hati korang,tapi selalunya saya guna dua setengah cawan je)
~>Ais
(yang ni suka hati,hekhek)
~>1 sudu esen vanilla
(Saya tak letak,lalalala~)

Nota:kalau nak tambah laici dalam tin,longan dalam tin,sumijelly,NATA DE COCO, dan buahan lain pun BOLEH.Lagi banyak buahan dan mende lagi SODAP:)

Cara2 membuatnya:~
1.Mula-mula,masukkan air kosong dan susu cair kedalam periuk.Didihkan ia diatas api yang sederhana.Api jangan besar sangat.Hangus kang!
2.Bila ia dah mendidih,masukkan gula dan esen vanilla.kacau hingga gula cair dan larut.Esen Vanilla kalau tak letak pun takpe,tak berdose pon.Saya tak letak pon.
3.Bila gula dah larut,tutupkan api.Alihkan dari dapur dan biarkan ia sejuk seketika.Bolehlah anda pergi layan FACEBOOK kejap :) Ngee~
4.Apabila ia dah sejuk sikit,bolehlah masukkan buahan koktail,nata de coco atau sumijelly kedalamnya.
5.Masukkan ais dan sedia dimakan



Love;
HAHAHAHANANNN
 

 

Wednesday, 8 December 2010

Oreo Cheesecake :)

Helohelo :)
Haih  =_____=.Sekarang baru lepas buat oreo cheesecake :).Resepi diambil dari akak sherah kiut oh.Sila ke blog beliau untuk resepi.Tett.Kena tunggu 4 /5 jam sebelum boleh dingapp.Ohmygod lama gyla.Esok baru boleh dingapp lah nampaknye :)


Resepi?


Bahan2:
PART A
butter 50g
2 packet of oreos and leave 7 pieces for part B
gula perang 1 tablespoon
PART B
cream cheese 250g *preffer Philadelphia*
fresh milk 80ml
1/2 gula halus
1 tablespoon gelatine + 40ml air panas
krim oreo*pisahkan biskut oreo dgn intinya*
whipping cream 100ml

Cara2nya:

PART A:
Kita akan buat crust dia dulu.Crust tu tapak kek ni lah.Lenyek butter sampai ia jadi lembut.Kemudian ambil 2 paket oreo dan asingkan 7 keping oreo untuk digunakan dalam part B.Letak yang 7 keping ni jauh2,jangan makan pulak!.Ambil oreo selebihnya dan buang krim putih@inti oreo tersebut dan asingkan.Hancurkan oreo oreo tersebut*biskutnya sahaja* hingga menjadi macam pasir dipantai.Bila dah jadi halus mulus gitu,masukkan butter yang dilenyek tadi yea.Gaul gaul gaul dan masukkan pula satu sudu besar gula perang.kacau lagi dan lagi.
Lepas ia dah jadi sebati,masukkan semuanya dalam bekas kek dan tekan tekan biar jadi mampat macam kat bawah ni.Gambar diambil dari blog akak sherah.Bila dah mampat,masukkan dalam peti ais selama sejam!.

PART B
Lenyekkan cream cheese sampai takde ketulan ketulan sebesar guli pon.Kacau kacau dan kacau sambil masukkan masukkan 80ml dutch lady milk and masukkan sekali whipping cream 100ml.sambil sambil kacau susu campur cream cheese tadi haa masukkan 1/2 cawan gula lepas tu kacau lagi kacau lagi.Ambil satu mangkuk kecil dan campur 1 tablespoon gelatine dengan 40ml air panas.Tapi gelatine ni dia akan melekat taw so kacau betul betul and every bits of gelatine make sure masuk.kacau sebati sebati kan. masukkan krim yang korang korek dari oreo tu.Kacau lagi dannnn lagi.Lepas tu bila dah sebati,hancurkan tiga keping oreo yang korang asingkan@tinggalkan tadi untuk masukkan dalam part B ni. Tinggalkan 4 keping lagi untuk bahagian topping dia.Lepas sejam korang boleh keluarkan part A tadi dari peti ais and masukkan elok elok part B ni dalam bekas kek tu.Bahagian topping,anda boleh letak 4 oreo lebih tadi diatasnya macam gambar dibawah.Lepas letak topping,masukkan dalam peti ais dantunggu 4@5 jam sebelum makan.Siappp


kalau korang rasa macam tak harap sangat dengan resepi yang aku tulis,boleh rujuk blog akak sherah sendiri yaww.http://sherahxoxo.blogspot.com/2010/12/resepi-oreo-cheese-cake.

Bytheway,singgahlah blog akak sherah.Blog comel.Banyak tips tips tentang fashion dan macam2 lagi.Sekian.

Friday, 12 November 2010

Resepi : Trifle

Hola everyone!

Harini dengan rela hatinya rasa nak share RESEPI.Resepi kita hari ini ialah...Jengjengjeng.

"Trifle"

*Mungkin ramai yang da tau kot.Tak kesah pon,yang penting dapat share.Hehehe.*

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu besar gula
Air (satu mangkuk cukup kot)
1 tin susu cair
3 1/2 sudu susu cair
Ready made kek gulung
1 tin buah-buahan campur(coctail) *make sure asing air dan buahnye tauu*
1 packet agar-agar jeli
Air panas

Cara-caranya:
Panaskan susu cair dan gula dalam periuk dengan api yang perlahan
Bancuhkan tepung kastard dengan air.
Masukkan bancuhan tepung kastard kedalam susu cair yang dah mendidih tu.Kacau hingga pekat.
Tutupkan api.
Susun kek gulung yang dah dipotong didalam bekas kaca.Tuangkan air buahan-buahan koktail kedalam nya.(Airnya sahaja!)Kasi ia lembap. 
Masukkan buahan koktail.
Tuang bancuhan kastard tadi.
Larutkan jeli bersama air panas(ikut arahan di pek jeli)
Lastly,tuang larutan jeli tadi kedalam bekas tadi.
Taraaaaa,dah siap.Tunggu ia keras sikit,boleh NGAMMM.



*Nanti i upload gambar~